eTutor.my

Dasar Privasi

Dikemas kini: 8 November 2026

eTutor.my (https://etutor.my) ialah portal latihan soalan SPM interaktif percuma. Dasar ini menerangkan data yang kami kumpul dan cara ia digunakan.

1. Data yang disimpan di peranti anda

Semasa anda menjawab kuiz, jawapan separuh jalan, baki masa, markah, gred, XP, streak dan nama panggilan pilihan anda disimpan dalam storan pelayar (localStorage) di peranti anda sahaja. Data ini tidak meninggalkan peranti anda melainkan anda menggunakan Cloud Sync (bahagian 2).

2. Cloud Sync Progress (pilihan)

Jika anda memilih "Simpan Progress", anda mengesahkan e-mel menggunakan kod 6 digit atau Google Sign-In. Kami kemudian menyimpan:

Data ini disimpan dalam Google Sheets milik pentadbir eTutor.my melalui Google Apps Script, hanya untuk membolehkan anda menyambung progress di peranti lain. Penyegerakan berlaku apabila anda menekan "Hantar Jawapan" atau "Sync Progress".

Daripada Google Sign-In, kami hanya menerima e-mel (yang telah disahkan) dan nama. Kami tidak mengakses Gmail, Google Drive, kenalan atau data Google anda yang lain.

3. Leaderboard Awam

Skor anda yang disegerak boleh dipaparkan pada Leaderboard dengan nama panggilan yang dipendekkan. E-mel anda tidak dipaparkan; leaderboard menggunakan ID rawak yang dijana daripada e-mel anda.

4. Cara data digunakan

Data digunakan hanya untuk memaparkan kemajuan pembelajaran anda, mengira Leaderboard dan menghantar kod pengesahan e-mel. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.

5. Pihak ketiga

6. Pengekalan & hak anda

Anda boleh memutuskan Cloud Sync pada bila-bila masa melalui dialog "Sync Progress". Untuk meminta akses, pembetulan atau pemadaman data awan anda, hubungi kami melalui WhatsApp di bawah dengan e-mel yang anda gunakan. Data setempat boleh dipadam dengan mengosongkan data laman web dalam pelayar anda.

7. Pelajar bawah umur

Portal ini ditujukan kepada pelajar sekolah. Kami menggalakkan ibu bapa atau penjaga membimbing pelajar bawah 18 tahun semasa menggunakan Cloud Sync.

8. Perubahan dasar

Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di atas.

9. Hubungi kami

WhatsApp: 013-732 7696